Menu
1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

Aktiviti
Warga SMK PPP Tun Razak
Mesyuarat Program Inovasi Alam Sekitar
SMK PPP Tun Razak telah menyertai satu pertandingan iaitu Program Inovasi Alam Sekitar anjuran Felda. Pertandingan ini bakal disertai oleh sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia bagi memupuk sifat kreatif dan inovasi dalam diri pelajar bagi menangani masalah 'global warming' yang sering diperkatakan pada masa kini.'
Seraya dengan itu, pihak pentadbiran SMK PPP Tun Razak diketuai oleh Tuan Pengetua, Abdul Rafid b. Fatteh Mohamed telah mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk jawatankuasa bagi pertandingan ini.
7:52 PM | | 0 Comments
Program Kembara Alam Sekitar
Pada 1 Mac 2010, Kelab Kembara SMK PPP Tun Razak telah mengadakan satu program yang dinamakan "Program Kembara Alam Sekitar". Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam flora dan fauna dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini mendedahkan pelajar mengenali jenis-jenis pokok dan kayu yang terdapat di sekitar hutan.
Program ini telah diadakan di Gua Kota Gelanggi yang berada di Kompleks Penyelidikan Pertanian Tun Razak ini. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 telah menyertai program ini yang di ketuai oleh guru Kelab Kembara iaitu Cikgu Rosli dan Cikgu Wan Zakri.
Pelajar telah meredah denai di sepanjang trek menuju ke Gua Sanding sambil didedahkan dengan jenis pokok yang tumbuh disekitar gua ini. Selain itu, pelajar telah didedahkan dengan maklumat mengenai pembentukan stalagmit dan stalagtit dalam gua ini.
12:39 PM | | 0 Comments
Bola Sepak MSSD Jerantut
Seramai 36 pemain bola sepak SMK PPP Tun Razak telah menyertai kejohanan bola sepak MSSD Jerantut bawah 18 tahun dan 15 tahun bertempat di SMK Inderapura. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, termasuk kalah teruk 7-1 dan 6-1 pada tahun lepas, pasukan bola sepak 18 tahun telah berjaya merangkul tempat ke 3 dan pasukan bola sepak 15 tahun berjaya merangkul naib johan kejohanan. Tahniah diucapkan...
10:43 AM | | 0 Comments
Hoki MSSD Jerantut
Baru-baru ini SMK PPP Tun Razak telah menyertai pertandingan Hoki lelaki bawah 18 tahun peringkat MSSD Jerantut bertempat di padang hoki Majlis Daerah Jerantut.
Pasukan Hoki SMK PPP Tun Razak telah berjaya merangkul NAIB JOHAN kejohanan. Seramai 5 orang pemain hoki telah terpilih mewakili daerah Jerantut dalam kejohanan Hoki MSS Pahang bertempat di SUKPA, Kuantan..
10:07 AM | | 0 Comments
Lawatan ke Pameran Dinotrek Petrosains
Bertempat di Yayasan Pahang, Kuantan, SMK PPP Tun Razak telah mengadakan satu lawatan sambil belajar mengenai sejarah dinosaur pada 30 Mac 2010..Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 orang guru pengiring termasuk Cikgu Aida, Cikgu Siti Robiah, Cikgu Zaidi dan Cikgu Mahathir telah menyertai lawatan ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peri pentingnya sejarah dinosaur dan kepentingannya pada masa sekarang. Pameran interaktif yang dinamakan DinoTrek2 ini memaparkan ciri-ciri unik termasuk sembilan dinosaur animatronik yang boleh dilihat secara lebih dekat. Antara bahan-bahan yang akan dipamerkan termasuklah dinosaur Maiasaurus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus dan Tyrannosaurus Rex.
Petrosains DinoTrek 2 ini direka khas untuk memupuk proses pemikiran secara kritikal bagi meneroka kemungkinan untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang sejarah masa lampau bagi membolehkan kita membuat perbandingan di antara zaman prasejarah dan kajian-kajian yang telah dijalankan.
Pameran ini membolehkan pelawat meneroka, menyelidik teori dan fenomena menarik yang berlaku pada zaman prasejarah melalui pelbagai aktiviti dan bahan pameran yang menekankan pembelajaran secara ‘discovery learning’.
Selain itu pameran ini juga mempunyai 12 pameran interaktif yang membolehkan pengunjung-pengunjung bersama-sama keluarga belajar secara 'hands-on'. Antara yang menarik ialah Dino Dig, Dino Dance, Dino Puzzle dan Dino Quiz.
8:25 AM | | 0 Comments
- Kejohanan Olahraga MSSD Jerantut 2013
- Tinta Akhbar SMK PPP Tun Razak
- KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT
- ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) FASA 7 05-04-2013
- Motivasi Petang Bersama Tuan PPD Raub
- Sambutan Maulidur Rasul SMK PPP Tun Razak
- Malam Jasamu Dikenang Tn. Hj. Abdul Rafid B. Fatteh Mohamed
- EID UL-FITR 1433h
- Haris Mursyidi Wira Malaysia
- SMK PPP Tun Razak Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2012
- Tahniah Mohd Haris Mursyidi bin Ahmad Shalabay
- Lawatan Penanda Arasan 2012
- Kebitaraan Memanah dan Hoki
- Sekolah Kluster Kecemerlangan
- Pemantauan Sekolah Lestari Peringkat Negeri Pahang
Kejayaan 2012

Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2012
Komentar
Kejayaan

Naib Johan Pertandingan Bumi Hijau Peringkat negeri Pahang
Kejayaan
Anugerah Sekolah Bestari Kategori Felda 2010 yang disampaikan oleh Perdana Menteri
Kejayaan

13 Anugerah Gading Bersilang Peringkat Negeri Pahang 2009
Panorama

Lanskap indah SMK PPP Tun Razak
Riadah
Antara aktiviti sukan warga SMK PPP Tun Razak
Warga Kerja

Kami Satu Keluarga!