MENUJU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2017

1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

Aktiviti

Warga SMK PPP Tun Razak

Mesyuarat Kurikulum Tingkatan 3

Mesyuarat kurikulum bersama pelajar tingkatan 3 telah diadakan buat kali pertama bagi tahun ini pada 14 Julai 2010 di surau sekolah. Lazimnya mesyuarat kurikulum diadakan hanya antara guru - guru tingkatan bersama - sama pentadbir, namun bagi sekolah ini masalah berbangkit ini dibincangkan antara pelajar - pelajar dan semua guru yang terlibat. Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Pertengahan Mei, pelajar - pelajar terpilih dipanggil bagi menjelaskan sebab keputusan yang diperolehi kurang memuaskan. Pelajar - pelajar terlibat juga berjanji untuk perbaiki keputusan bagi percubaan akan datang.

Pelajar - pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua tujuan mesyuarat Kurikulum ini diadakan



Mesyuarat berakhir pada pukul 5 petang dengan harapan daripada semua guru agar pelajar - pelajar dapat meningkatkan prestasi dan berusaha dengan lebih gigih sebelum menghadapi PMR pada bulan Oktober ini. Diharapkan pelajar - pelajar memanfaatkan sebaiknya masa yang masih tinggal untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang.

Panorama (Bumi Hijau)










Anugerah Sekolah Bestari Felda 2010

Pada tanggal 7 Julai baru - baru ini, SMK PPP Tun Razak telah dianugerahkan Sekolah Bestari kategori sekolah felda. Majlis penyampaian hadiah ini diadakan di Trolak bersempena Hari Peneroka 2010. Keputusan cemerlang yang diperolehi dalam PMR '09 dan SPM'09 membolehkan sekolah ini merangkul anugerah Sekolah Bestari pada tahun ini. Hadiah berupa cek RM30,000, trofi dan sijil penyertaan. Semoga warga sekolah akan terus berusaha gigih untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah dan anugerah ini menjadi insiprasi untuk terus maju. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik, staf serta pelajar SMK PPP Tun Razak.


Tuan Pengetua menerima penghormatan dari Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dengan menerima trofi, replika cek RM30,000 dan sijil penyertaan.


Tuan Pengetua berlintas langsung ke udara bersama Klasik FM apabila ditemuramah oleh radio terkemuka negara itu. Manakala di SMK PPP Tun Razak, pelajar-pelajar bersorak riang dan bergembira meraikan anugerah yang ulung diterima ini semasa mendengar lintas langsung radio Klasik FM ini.


Hari Koperasi dan Tanda Kasih

Hari Koperasi dan hari Tanda Kasih telah diadakan pada 2 Julai 2010 bertempat di SMK PPP Tun Razak bermula 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sambutan ini dimulakan dengan perhimpunan pelajar dan guru di tapak perhimpunan sekolah. Pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti dengan ucapan Pengerusi Koperasi dan persembahan sketsa oleh pelajar-pelajar 5B. Tiga orang pelajar tingkatan 4 dipilih untuk mempromosikan inovasi koperasi iaitu roti bun perasa strawberi dan coklat. Program ini diteruskan dengan bacaan perutusan oleh En Ghazali bin Maharuddin, GPK 1 dan diakhiri dengan nyayian lagu Koperasi oleh pelajar.


















Bersempena hari Koperasi, semua kelab dan persatuan membuka gerai jualan masing-masing. Pada hari ini juga pembelian hanya sah dengan menggunakan kupon yang boleh dibeli di koperasi sekolah dengan nilai serendah RM3 hingga RM10. Pelbagai barangan jualan seperti cupcake, laksa, donat coklat, triffle, nasi ayam dan 'key chain' boleh didapati. Terdapat juga kelab yang mengadakan tayangan filem.















Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa / penjaga pelajar yang hadir untuk menandatangani slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun serta berbincang dengan guru-guru bagi mengetahui perkembangan pelajaran anak masing- masing. Pihak sekolah berpuas hati dengan kehadiran penjaga yang prihatin terhadap kemajuan pembelajaran anak masing-masing.

TAHNIAH!

Tahniah kepada warga SMK PPP TUN RAZAK kerana dianugerahkan

Anugerah Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2010

Kejayaan 2012

Kejayaan 2012
Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2012

Komentar

Kejayaan

Kejayaan
Naib Johan Pertandingan Bumi Hijau Peringkat negeri Pahang

Kejayaan

Kejayaan
Anugerah Sekolah Bestari Kategori Felda 2010 yang disampaikan oleh Perdana Menteri

Kejayaan

Kejayaan
13 Anugerah Gading Bersilang Peringkat Negeri Pahang 2009

Panorama

Panorama
Lanskap indah SMK PPP Tun Razak

Riadah

Riadah
Antara aktiviti sukan warga SMK PPP Tun Razak

Warga Kerja

Warga Kerja
Kami Satu Keluarga!

Followers

Contributors