Menu
1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

Aktiviti
Warga SMK PPP Tun Razak
Hari Koperasi dan Tanda Kasih
Hari Koperasi dan hari Tanda Kasih telah diadakan pada 2 Julai 2010 bertempat di SMK PPP Tun Razak bermula 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sambutan ini dimulakan dengan perhimpunan pelajar dan guru di tapak perhimpunan sekolah. Pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti dengan ucapan Pengerusi Koperasi dan persembahan sketsa oleh pelajar-pelajar 5B. Tiga orang pelajar tingkatan 4 dipilih untuk mempromosikan inovasi koperasi iaitu roti bun perasa strawberi dan coklat. Program ini diteruskan dengan bacaan perutusan oleh En Ghazali bin Maharuddin, GPK 1 dan diakhiri dengan nyayian lagu Koperasi oleh pelajar.
Bersempena hari Koperasi, semua kelab dan persatuan membuka gerai jualan masing-masing. Pada hari ini juga pembelian hanya sah dengan menggunakan kupon yang boleh dibeli di koperasi sekolah dengan nilai serendah RM3 hingga RM10. Pelbagai barangan jualan seperti cupcake, laksa, donat coklat, triffle, nasi ayam dan 'key chain' boleh didapati. Terdapat juga kelab yang mengadakan tayangan filem.
Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa / penjaga pelajar yang hadir untuk menandatangani slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun serta berbincang dengan guru-guru bagi mengetahui perkembangan pelajaran anak masing- masing. Pihak sekolah berpuas hati dengan kehadiran penjaga yang prihatin terhadap kemajuan pembelajaran anak masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejayaan 2012

Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2012
Blog Archive
Komentar
Kejayaan

Naib Johan Pertandingan Bumi Hijau Peringkat negeri Pahang
Kejayaan
Anugerah Sekolah Bestari Kategori Felda 2010 yang disampaikan oleh Perdana Menteri
Kejayaan

13 Anugerah Gading Bersilang Peringkat Negeri Pahang 2009
Panorama

Lanskap indah SMK PPP Tun Razak
Riadah
Antara aktiviti sukan warga SMK PPP Tun Razak
Warga Kerja

Kami Satu Keluarga!
0 comments:
Post a Comment