There was an error in this gadget
MENUJU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2017

1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

1 FAMILY 1 VISION 1 GOAL

Aktiviti

Warga SMK PPP Tun Razak

Selayang Pandang : Perpustakaan SMK PPP Tun Razak

Perpustakaan SMKPPPTR telah dilancarkan penggunaannya secara rasmi oleh Tuan Pengetua dalam majlis yang penuh meriah pada 19 hb. Mac 2002. Terletak di lokasi yang amat menarik iaitu di aras tiga blok pentadbiran, dan bersebelahan Bilik Komputer ,dengan suasana yang tenang dan jauh dari kebisingan. Walaupun terletak agak jauh dari blok akademik,ia merupakan tempat yang paling gemar dikunjungi oleh para pelajar terutamanya pada waktu rehat.

Dari segi kemudahan fizikal,perpustakaan ini mempunyai pelbagai ruang yang luas,dan selesa seperti ruang kaunter,ruang membaca,ruang pameran,rak-rak buku,ruang belajar secara individu dan kelompok,bilik Komputer,ruang majalah ,akhbar dan jurnal dan lain lain ruang yang berkaitan. dan mencukupi untuk menampung penggunaan enam puluh orang pelajar dalam satu-satu masa.Ia juga dilengkapi perabot yang mencukupi dan memuaskan dengan susun atur yang kemas dan praktikal seperti kerusi,meja ,sofa,papan maklumat ,alat penghawa dingin dan lain-lain lagi kemudahan tambahan yang berfungsi.

Perpustakaan ini mempunyai koleksi pelbagai bahan bacaan yang menepati dari segi kualiti dan kuantiti untuk menampung penggunaan seperti buku-buku yang melebihi lima ribu judul yang variasi dan merangkumi pelbagai bidang ilmu,majalah ilmiah dan ehwal semasa,akhbar harian dan jurnal.Ia menyediakan kemudahan meminjam buku bacaan dan rujukan untuk kegunaan komunitinya mengikut tempoh yang ditetapkan samaada secara individu atau kelompok. Untuk menggalakkan penggunaannya secara berterusan, waktu operasi perpustakaan adalah sepanjang waktu persekolahan dengan kawalan dan seliaan guru perpustakaan,guru matapelajaran dan dibantu oleh pustakawan bertugas .dengan jadual waktu penggunaan perpustakaan dipaparkan dengan jelas di tempat tempat yang mudah dibaca.

Selaras dengan hasrat untuk menjadikan perpustakaan tempat yang menarik untuk dikunjungi,konsep ‘perpustakaan dalam taman’ diwujudkan. Keceriaan luaran dan dalaman yang menarik dan berfungsi, terutama dari segi hiasan, kekemasan, keselesaan sentiasa dititikberatkan.










0 comments:

Post a Comment

Kejayaan 2012

Kejayaan 2012
Sekolah Bestari Felda Kebangsaan 2012

Komentar

Kejayaan

Kejayaan
Naib Johan Pertandingan Bumi Hijau Peringkat negeri Pahang

Kejayaan

Kejayaan
Anugerah Sekolah Bestari Kategori Felda 2010 yang disampaikan oleh Perdana Menteri

Kejayaan

Kejayaan
13 Anugerah Gading Bersilang Peringkat Negeri Pahang 2009

Panorama

Panorama
Lanskap indah SMK PPP Tun Razak

Riadah

Riadah
Antara aktiviti sukan warga SMK PPP Tun Razak

Warga Kerja

Warga Kerja
Kami Satu Keluarga!

Followers

Contributors